Khamis, Ogos 18, 2011

PARASIT PEMAKAN OTAK.









السلام عليكم

Terjun sungai. Mandi dalam kolam. Berkelah di air terjun? Apakah hanya kita sahaja yang berada di situ? Kalau buaya mungkin nampak (sekurang-kurangnya bila serangan berlaku). Lintah? Ada kes lintah memasuki badan manusia melalui **** dan menghisap darah dan membiak dalam perut sehingga mangsa mati. Tapi bagaimana pula parasit-parasit atau hidupan-hidupan seni yang tak mampu dilihat dengan mata kasar? Kita pernah mendengar kes kencing tikus yang membunuh ramai jiwa. Parasit Pemakan Otak? Apa itu?

Naegleria Fowleri merupakan sejenis parasit yang tergolong dalam kelompok Percolozoa atau Heterolobosia yang hidup di air tawar 25 hingga 35 darjah celsius. Biasanya ia masuk ke dalam tubuh manusia melalui saluran pernafasan seperti mulut dan hidung.

Walaupun jarang berlaku, namun jika parasit ini memasuki sistem saraf manusia jawapannya ialah kematian. Walaupun sering dikaitkan dengan air tawar seperti kolam, tasik dan sungai ada kes pada tahun 2002 di USA melaporkan yang seorang mangsa dijangkiti melalui sumber air domestik (air paip). Jadi pastikan anda memasak air sebelum meminumnya. Sekadar untuk langkah berjaga-jaga.

Entri ini dihasilkan berikutan kematian dua remaja di USA yang meninggal dunia akibat parasit ini selepas mandi di kolam dan tasik. Sumber rujukan ringkas diperolehi melalui  Naegleria Fowleri.






4 ulasan:

  1. eish! bahaya2..mok hati2 pastok..

    BalasPadam
  2. memang bahaya parasit ni.tak mustahil terjadi

    BalasPadam
  3. good info bro! 'benda' yang sik nampak dengan mata kasar kita cam tok nang bahaya.. mauk alert dan sentiasa berhati-hati dengan apa yang kita polah.. apa yang kita makan/minum :)

    BalasPadam
  4. @ Kathy @ Lizz @ Along : Insya Allah ... moga kita sentiasa berwaspada dan dilindungi oleh Allah dari parasit ini ...

    BalasPadam