TENTANG BLOG

Blog Anak Pelangi secara amnya merupakan blog peribadi yang mana segala isi kandungan merupakan rakaman kehidupan seharian penulis dan juga lontaran nasihat atau sedikit rasa kesal dalam cara yang tersendiri. Tiada teguran yang ditulis secara terbuka melainkan secara berlapis yang mana sesuai atau cuba disesuaikan dengan cara hidup dan tatasusila orang Timur (walau tidak semua yang berasal dari Timur itu baik belaka).

Secara khususnya pula Blog Anak Pelangi dimiliki atau dikongsi oleh tiga individu yang berbeza iaitu Richie (gambar latar belakang blog), Syaff (gambar kecil di setiap awal entri) dan Justine. Richie dan Justine merupakan adik beradik tiri berlainan ayah manakala Syaff (penulis utama blog) merupakan abang angkat kepada Richie. 

Untuk masa kini, semua komen 'disabled' maka jika ada komentar bolehlah di hantar ke alamat emel di bawah.

Harap Maklum.

Syaff,
saffronius@hotmail.com