السلام عليكم
Alamak. Bahaya bunyinya. Menyikat rambut boleh membunuh. Macam mana nak bergaya ni. Terpaksalah biarkan rambut tu berserabai macam sarang burung. Benarkah? Jangan risau amaran ini khusus untuk mereka yang mengalami SINDROM SIKAT RAMBUT.
Agak-agaknya ada tak dikalangan kita yang mengalami SINDROM SIKAT RAMBUT ni? Rasanya tidak. Tapi ada seorang remaja di Scotland mengalaminya. Umum tahu, memberus rambut akan menghasilkan caj-caj elektrik. Sama seperti mengosok pembaris dan sebagainya. Begitu jugalah halnya dengan bahan-bahan berasaskan polyester yang lain.
Inilah yang dihadapi oleh Megan Stewart. Disebabkan oleh sindrom inilah beliau terpaksa berhati-hati apabila menyikat rambut, memegang bahan-bahan polyester dan belon. Caj-caj elektrik yang terhasil mampu mengelirukan fungsi otak dan mengganggu sistem saraf, jantung dan pernafasan beliau. Ibu Megan berkata : Saya menyikat rambut beliau, dan kemudian dia pengsan dan bibirnya menjadi pucat. Tanpa berlengah saya terus menelefon pihak paramedik.
Bahaya sungguh. Caj-caj elektrik yang kita tidak mampu merasanya juga boleh membawa kematian rupanya. Inikan pula jika caj-caj elektrik yang bervoltan tinggi. Mahu tak rentung jadinya. Tak puas hati dengan maklumat itu aku cubalah ambil bekas Air Freshener (polyester) dan aku gesel-geselkan kat tapak tangan. Aku letak kat atas kaki, huh nampak la bulu kaki tu bergerak-gerak. Tetiba teringat eksperimen sains zaman sekolah dahulu .... PEACE NO WAR.
sumber : Yahoo Malaysia
kadang2 benda macam ni kira takdir untuk org yang terkena sebab jarang nak jadi sebenarnya.huhuhuh
BalasPadamye la kan ..kesian gak budak tu ...macam penyakit lam dunia ni sekarang.
BalasPadam