Ahad, Ogos 21, 2011

SEKITAR STATUS PERHUBUNGAN DI FACEBOOK.



السلام عليكم

Single aka Bujang, belum berkahwin. In relationship aka dalam perhubungan (cinta suci, cinta monyet dll ), Married aka Berkahwin, sudah berumah tangga,  Divorced aka berpisah,  bercerai (dengan talak atau tidak dll ), Engaged aka bertunang. Pasti setiap FACEBOOK mempunyai status sebegini bukan? Kalau aku status aku single. Tapi, apakah ia boleh dipercayai atau benar ? Atau semata-mata 'perumpamaan' dan bukannya realiti ? Aku tertarik dengan inbox dari kawan aku selepas aku bagi satu entri dari sebuah blog KATHY TUAH : SEBELUM DAN SELEPAS PUTUS CINTA DI FB, mengapa dia enggan meletakkan status In relationship mahupun Engaged atau Married walau didesak oleh teman wanitanya. Alasannya :

IN RELATIONSHIP
Katanya, dia baharu sahaja bercinta beberapa minggu. Mana mungkin layak diletakkan status sedang dalam perhubungan. Masih banyak yang perlu dilakukan kerana menurutnya status sedemikian sesuai untuk pasangan yang benar-benar bercinta dan bersedia menuju ke peringkat engaged atau bertunang yang sebenarnya.

ENGAGED
Jawapannya ringkas : Bila masa aku menghantar utusan meminang dan merisik. Tanda pertunangan pun tiada. Kenal ibu bapanya secara dekat jauh sekali.

MARRIED.
Yang ini aku ketawa dengan jawapan yang diberikan. Kahwin ? Akad nikah pun belum. Kalau dah kahwin tu mesti aku dah bagi nafkah zahir dan batin. Hahahaha .... Nafkah batin tu senang ujarnya tapi nafkah zahir ... NO MONEY la bro ..... Kalau main kawen-kawen boleh la ....


Beliau menyambung dengan ayat yang aku setuju sangat. Kalau aku letak status bertunang atau telah berumah tangga, bukankah ia akan menimbulkan fitnah. Dan lagi, kalau kawan aku yang dah bertahun tak jumpa tiba-tiba add aku di FACEBOOK tak kan naya nak menjawabnya tu. Lebih-lebih lagi kalau kawan yang ala CNN dan TV3 tu ....

Aku ... setuju dengan sesetengah benda (bukan semua sebab masing-masing ada hak dan mempunyai tafsiran yang pelbagai) terutama bab letak status kahwin bagi yang masih belum kahwin. Macam-macam difikiran aku kalau aku ternampak status sebegini. Almaklumlah ... orang dah kahwin boleh buat apa ye ... ? Jeng jeng jeng ... Dan lagi aku bingung dengan pengguna FB yang suka berkongsi kata laluan dengan teman masing-masing. Nak chat atau inbox kena fikir berpuluh kali ... takut tersilap kata ...PEACE NO WAR.


P/S : entri diterbitkan dengan izin rakan tersebut.






4 ulasan:

  1. suka part "Nafkah batin tu senang ujarnya tapi nafkah zahir ... NO MONEY la bro ..... Kalau main kawen-kawen boleh la ..." maksud yg mdalam..hihi~

    BalasPadam
  2. kadang2 tengok orang tukar2 status ni rasa macam nak gelak habis. ntah apa2 je.

    BalasPadam
  3. @kathy : Macam budak2 .. ada pengantin laki ada pengantin perempuan, ada rumah pengantin ...yg xde juru nikah bertauliah, surat nikah ... hehehe :)

    BalasPadam
  4. @lizz : a'a la ... kekadang sehari sampai dua tiga kali tukar status ...

    BalasPadam