Rabu, Ogos 17, 2011

JANJI ITU HUTANG.




السلام عليكم


Pernah berjanji ? Janji yang bagaimana ? Kenapa berjanji ? Apakah jika berjanji, anda pasti akan tunaikan janji tersebut ?


Tunaikanlah oleh mu janji kerana setiap janji itu TANGGUNGJAWAB.

Tiga tanda orang MUNAFIK ialah bila bercakap dia berbohong, bila BERJANJI  dia memungkirinya dan bila diamanahkan sesuatu dia mengkhianatinya.



Menurut tulisan Rokiah Ahmad di dalam tulisannya Adab Pergaulan dalam Islam menurut Al Quran dan As Sunah menjelaskan bahawasanya kedudukan janji dalam Islam :  Menunaikan janji adalah diwajibkan kepada setiap Muslim tanpa terkecuali melainkan berlakunya keuzuran tetapi hendaklah dimaklumkan kepada pihak yang dijanjikan itu penukaran masa dan sebagainya.

Dan jika kamu berkata YA maka bersabarlah di atas kesanggupan kamu itu. Jangan ungkit mengungkit. Kalau dah berjanji nak belanja (kecuali hal berkaitan maksiat) maka bersabarlah melihat RM dalam poket itu melayang-melayang .... PEACE NO WAR.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan