Khamis, Ogos 25, 2011

GENGHIS KHAN MENYELAMATKAN BUMI?


Aku meminati sejarah. Arkeologi salah satunya. Dalam melawati dan membaca blog berkaitan, aku terjumpa satu artikel yang menyatakan bahawasanya Genghis Khan di sebalik membunuh 40 juta jiwa dalam kempen peluasan empayarnya, beliau sebenarnya menyelamatkan bumi dari musnah lebih awal. Dalam kempennya itu, banyak negara dan penduduk lesap. Ladang-ladang dan ternakan musnah. Kota umpama padang jarak padang tekukur. Hasilnya 22 peratus dari muka bumi berada dalam pemerintahan beliau.

Kenapa pula beliau dikatakan menyelamatkan bumi dari musnah lebih awal? Dengan kehilangan lebih 40 juta jiwa, maka kota-kota menjadi kosong. Ladang-ladang terbiar dan kembali menjadi hutan. Tiada aktiviti pembersihan hutan untuk tanaman ladang dan ternak. Itu menurut kajian Jabatan Ekologi Global dari Institut Carnegie. 

Menurut kajian mereka hasil pembunuhan ini 700 juta tan karbon berjaya di bersihkan dari ruang udara. Dan seterusnya 'menyejukkan' bumi. Konsep Bumi Hijau katakan ....

Dan ini membuat aku terfikir, andai kata 40 juta jiwa itu tidak 'hilang' sudah semestinya bumi sekarang ini bertambah padat. Mungkin ada kebenarannya. Mungkin juga penduduk bumi sekarang mencecah angka 10 billion orang. Dengan penduduk seramai itu, berapa kerat agaknya bumi yang masih layak bergelar hutan? Di tambah dengan wabak Black Death di Eropah, Penerokaan Amerika orang orang Eropah (penghapusan orang tempatan) perang Dunia ke Pertama dan Kedua dan sebagainya ... Aku terfikir dan berfikir, mungkin kejadian ini dan kematian mereka ini sebenarnya untuk memberi laluan kepada generasi kini menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini ............... Wallahu'alam, PEACE NO WAR.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan