Jumaat, Ogos 26, 2011

SLANGA : SPENDER BASAH.



Status FACEBOOK aku (Nama akaun : ADD REMOVE BLOCK - ACCEPT IGNORE) pada 23.08.2011 yang berbunyi : SPENDER BASAH - metafora bahasa Melayu bagi golongan remaja begi merujuk kepada seseorang yang asyik bermain atau melakukan sesuatu hingga tidak melayan komunikasi orang sekelilingnya kecuali berkaitan hal-hal yang dilakukannya seperti games RYL, DOTA,CS, LEFT 4 DEAD dan sebagainya.




Feveret aku ... LEFT 4 DEAD 2


Dalam erti kata lain buat derk je percakapan atau sapaan atau pertanyaan orang sekitarnya yang langsung tiada kaitan dengan permainan tadi. Bagi yang bukan kaki games mungkin terasa apabila perkara ini terjadi kepada anda. Mana tidaknya, seolah-olah bercakap dengan tunggul. Bagi yang memang kaki games itu, ia merupakan perkara biasa, dan selalunya untuk berkomunikasi dengan si SPENDER BASAH ini, mereka akan menyertai games tersebut. Tak percaya? Cubalah pergi CC dan main permainan yang dimainkan pelanggan di situ .... Gerenti akan mendapat ramai kawan baru. Welcome to the club bro, PEACE NO WAR.







1 ulasan: