Isnin, Ogos 22, 2011

WASIAT IBU UNTUK ANAKNYA.





السلام عليكم


Malam ni aku nak kongsi sebuah wasiat untuk seorang anak yang amat dikasihinya oleh seorang ibu yang rajin bercucuk tanam. Si anak ni pula amat jaranglah menjenguk ibunya yang sudah tua dan sedang sakit itu. Pada suatu hari si ibu menyampaikan pesan agar si anak pulang ke kampung. Ada hal penting berkaitan tanah pusaka katanya.

Si ibu : Nak, ibu sudah tidak kuat lagi, tiada upaya, badan sudah lemah dan sakit-sakit, tolong jaga kebun ibu ya.

Si anak : Jangan cakap begitu mak (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung, dapat pula tanah pusaka yang luas beekar-ekar tu ...).

Si ibu : Segala isi perkebunan, ladang ternakan, rumah, traktor, gudang-gudang milik kamu. Jangan lupa siram kebun mak ya ....

Si anak : Baik mak. Usah risau. Tapi di manakah kebun mak itu ? Tak pernah nampak pun ...

Si ibu : Ada. Di Facebook mak ...nanti mak bagitau passwordnya.


Adeiiii .... Mak berkebun di FACEBOOK rupanya. Kesian si anak. Cerita di atas hanyalah rekaan semata-mata. Di perolehi dari sebuah mesej ringkas yang di pamerkan oleh rakan di FACEBOOK beliau. Aku pula ada bandar di CITYVILLE hehehe ... siap dengan segala kemudahan hebat gitu ( tak dapat jadi Datuk Bandar Miri jadi Datuk Bandar di maya pun jadilah ) .... PEACE NO WAR.





3 ulasan:

  1. adoi, buang air mata aku jak =.="

    BalasPadam
  2. hahahahahaha!!hampehnyer cerita ni. tak baik aww.wakakakaka

    BalasPadam