Rabu, Januari 05, 2011

Bahasa Jiwa Bangsa.







السلام عليكم


Ini sebahagian mesej yang aku terima melalui sistem pesanan ringkas ke nombor handset aku semalam. Bahasa ni bahasa Sarawak sebenarnya tapi kalau dah dieja sedemikian rupa maka agak peliklah bunyinya. Hendak menyebutnya pun mulut ni agak sukar. Terlampau canggih ejaannya. Sebab itulah aku menggelarkan bahasa ini bahasa baharu. Cuba sebut ayat di bawah mengikut ejaan yang di tulis.

Ha! ktaQx.. pt knLn x? Erm? KmeQx just mOwk b'fr!enD jawk. Mon KtaQx SuD! |arh? B'kwn an kmeQx ?

Kalau mengikut ejaan ktaQx itu bukan kitak sebab kitak di eja 'KI - TAK' tapi ayat ini di eja 'K - TAQ - X'. Apa bunyinya tu? Begitu juga dengan KmeQx. 'K - MEQ - X' itu bukan kamek tapi kimek x. Pencemaran bahasa Melayu Sarawak. Pesanan berikutnya berbunyi :

? !nTan ? KmeQx t0wk b!Ak bn2|ue .. ToE nGcow tawK ..BorH keYH ? Just mewk m0wk b'kwn jawk ? KmeQx KzN a*** ... a******* ... KtaQX sPa nMa ?

Ermm ... macam mana agaknya mahu membunyikan huruf yang bercampur di antara angka dan abjad seperti t0wk .. Huruf 'T' bersambung dengan angka '0' - kosong, dan huruf 'W' dan 'K'? Begitu juga dengan 'ToE' .... apa itu? Dalam bahasa Melayu Sarawak mana ada perkataan 'TOE'.. dalam bahasa Inggeris adalah, iaitu jari kaki. nGcow? Borh keYH? Apa itu?

Setelah beberapa pesanan tidak aku balas maka gadis ini menaip beberapa perkataan. Yang paling akhir ialah : eL0w CoMbonk nY eTawQx .... Hahahaha....maaf la ye cik gadis cantik, aku ni bukan apa, memang tabiat aku tak akan layan mana-mana sms atau panggilan daripada orang yang aku tidak kenal. Sebab aku tak kenal. Dan persoalan lahir, bagaimana cik gadis dapat nombor aku? Ni mesti kerja 'pass' me 'pass' ni ...



4 ulasan:

  1. adess~ nak bace mcm rasa taknak bace je msj dia tu~ awk org sabah pun ta paham sye yg bahasa sabah tak tau lagi lah ta faham~

    BalasPadam
  2. huhu.. pening nak maca nya ;P
    nang bahasa biak zaman skrg kot hehe..

    BalasPadam
  3. GGG : Saya bukan orang Sabah la tapi Sarawak ...

    BalasPadam
  4. Terompah Biru : Mena ya ... mok molah bunyi huruf ya nang sengsara ...

    BalasPadam