Rabu, Mac 02, 2011

SAHABAT AKHIRNYA KITA BERTEMU JUA.










Mungkin sudah jodoh pertemuan. Sahabat lama akhirnya ditemui kembali di laman Facebook. Bukan rakan sekampung atau sedaerah tapi rakan silang negeri. Sahabat yang pernah menjadi sebahagian sejarah kisah luka, duka, suka dan sebagainya. Bermula dari perkenalan biasa dan akhirnya agak akrab dan terpisah. Hidup diperantauan kekadang memerlukan kita membuat satu ikatan yang kukuh. Andai kata tiada ikatan tersebut maka kehidupan pasti sukar. Mana ada manusia yang boleh hidup seorang diri? Kalau adapun watak Hayy Bin Yakzan karya Ibnu Sina. Itu rekaan dan bukan realiti. Hatta Nabi Adam pun memerlukan pasangan hidup.







Aku kenal dia selepas dia tamat SPM, dan waktu itu aku baharu sahaja memulakan hidup berdikari di rantau orang. Agak sukar juga rupanya kehidupan di perantauan tanpa keluarga. Susah senang ditanggung sendiri dan sesetengahnya boleh dikongsi bersama rakan dan setengahnya tidak. Pandai-pandailah membawa diri, itu nasihat orang tua. Namun pengalaman itu memang berharga - aku menilai hidup dalam erti kata yang sebenarnya.

Setelah lama mencari, akhirnya tengah hari tadi aku menerima panggilan dari seseorang. " Syaff .. kan? " .. Maka bermulalah bual bicara, imbau-mengimbau peristiwa lampau dan pertanyaan perihal terkini. Menariknya, aku diberitahu yang dia akan ke Miri bulan April nanti melawat adiknya yang berada di IPD Polis Miri. Wahh .. dulu adiknya semasa aku berada di negerinya baharu sahaja angkat remaja, kini sudah bergelar polis.

Itulah yang di namakan jodoh pertemuan dan perpisahan. Kekadang kita memang dijodohkan untuk berpisah dan bertemu kembali dan kekadang sebaliknya - berpisah terus dan lenyap dalam sejarah. Maha Suci Allah yang Maha Hebat aturannya.

Gambar : Pencarian Google.com




3 ulasan:

  1. salam, bagus jugak FB ni...

    BalasPadam
  2. yah! best oh dapat temu kawan lamak :)
    kita tok?.. bila la kan tertemu ohh hihi..

    BalasPadam
  3. Rara Ibnu : Cun juak ya .. kakar Serawak kitak ya

    BalasPadam