Jumaat, Ogos 12, 2011

Wei ... Umur 11 Tahun Pun Boleh Jadi Ayah Tahu Tak ??










Mitos dikalangan orang ramai ialah lelaki akan akil baligh atau matang seksual ketika usia 14 tahun dan seterusnya. Paling awal pun dalam usia 13 tahun. Sebab itu dalam budaya dan amalan masyarakat di tempat aku khususnya Sarawak, kanak-kanak lelaki biasanya dikhatankan ketika berusia 12 tahun yakni semasa cuti sekolah sebelum memasuki alam Menengah.

Tapi bukti saintifik dan fizikal menunjukkan yang seorang kanak-kanak lelaki itu mampu untuk menghamilkan seorang perempuan seawal usia 11 tahun. Dalam rekod, ayah termuda berusia 11 tahun ialah Sean Stewart yang berasal dari Sharnbrook England. Beliau telah menghamilkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika berusia 11 tahun dan menjadi ayah ketika berusia 12 tahun pada tahun 1998.

Ini mendahului kes yang terkenal dikalangan para blogger iaitu kes Alfie Patten yang menjadi ayah ketika berusia 13 tahun pada tahun 2009 - agak-agaknya usia ketika dia menghamilkan kekasihnya ialah 12 tahun.

Jadi wahai ibu bapa, abang-abang, kakak-kakak dan yang sewaktu dengannya itu awasilah pergaulan anak-anak, adik-adik dan anak-anak saudara kalian. Kanak-kanak sekarang dah terkedepan dalam bidang seksologi ni. Awal-awal dah ada 'gerek'. Malah ada yang sudah pandai 'main kahwin-kahwin' yang sebenar. Lebih parah dengan bercambahnya idea ' seks itu bukti cinta', 'seks itu sedap dan merapatkan lagi ikatan cinta', 'lelaki kalau dah sunat tak cukup, mesti 'cuci plak' dan sebagainya...tak payah jauh berita TV dan akhbar dah banyak melaporkan. Terbaru pelajar kena liwat dan paksa seks oral oleh rakan berusia 12 tahun ...

Dan lagi, ramai orang tersilap yang sperma mula terbentuk di dalam testis lelaki selepas pancutan mani pertama (mimpi basah dan sebagainya). Istilah pancutan mani pertama ini disebut semenache. Tetapi sperma mula terbentuk, terbina seawal pembesaran kanak-kanak lelaki. Pembentukan sperma ini pula disebut spermache. Kajian membuktikan melalui ujian air kencing, sperma dikesan dan dijumpai dikalangan kanak-kanak seawal usia 11 tahun.