Selasa, Ogos 09, 2011

SUKA SAMA SUKA ATAU ROGOL?






السلام عليكم



Malam ini terasa ingin meluahkan sesuatu di blog ini. Sekadar nasihat untuk adik-adik lelaki aku yang tengah membesar dan juga kepada pembaca blog ini tak kira lelaki atau perempuan. Suka Sama Suka Atau Rogol ? Macam entri berkaitan seks sahaja bunyinya. Memang pun. Ini lantaran ada kes di Miri yang mana dua remaja sekolah, melakukan seks suka sama suka tetapi bila keluarga perempuan dapat tahu, pelajar lelaki dituduh merogol. Kenapa rogol?

AKTA 106 (1973) AKTA PERLINDUNGAN KANAK-KANAK PEREMPUAN DAN WANITA (PENGERTIAN ROGOL)
Perkara ke 6 : Dengan izin (kerelaan) atau tanpa izin (tanpa kerelaan) jika perempuan itu masih di bawah usia 16 tahun.

Dalam kes di atas seks kedua-dua remaja itu ialah suka sama suka tetapi kerana usia masih di bawah 16 tahun maka ianya dikira ROGOL, MEROGOL, MEMPERKOSA dan sebagainya. Hasilnya yang malu si perempuan dan keluarga perempuan serta keluarga lelaki. Yang merana ialah si lelaki, dipenjara dan di 'cop' sebagai PEROGOL.

Itu sahaja yang aku ingin katakan. Bagi perempuan tu bacalah akta ini, ada yang menarik di situ seperti 'jika memberi keizinan seks kerana tertipu dengan janji lelaki yang bukan suaminya dengan harapan untuk dijadikan isteri yang sah maka ia juga diistilahkan sebagai ROGOL' ....PEACE NO WAR.






3 ulasan:

  1. salam, harap perkara ini menjadi salah satu kegerunan para remaja untuk terlibat....

    BalasPadam
  2. haha.. bahaya ni..tima kasih utk peringatan..

    BalasPadam