Selasa, Ogos 16, 2011

AKTA BERKAITAN BUNUH DIRI.



السلام عليكم


Bunuh diri : menamatkan hayat atau memusnahkan diri kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani. Putus cinta ? Malu ? Bebanan hutang ? Masalah rumah tangga ? Penyakit kronik ? Enggan menyusahkan keluarga ? Banyak alasan bukan ? Tapi apakah perbuatan ini 'legal' dari sisi undang-undang negara ? 


Seksyen 306 Kanun Keseksaan menyebut :

Jika mana-mana orang membunuh diri, sesiapa sahaja membantu (abets) pelakuan membunuh diri itu, hendaklah dihukum PENJARA maksimum 10 tahun dan hendaklah dikenakan denda. Namun jika yang dibantu membunuh diri itu berusia kurang 18 tahun maka ia telah jatuh kepadaSeksyen 305 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman MATI atau penjara tidak kurang 20 TAHUN dan juga denda.

Seksyen 309 Kanun Keseksaan menyebut :

Barang siapa cuba membunuh diri, dan melakukan sebarang perbuatan ke arah melaksanakan perbuatan itu, hendaklah dihukum PENJARA sehingga kepada tempoh SATU TAHUN atau DENDA atau KEDUA-DUANYA sekali.


Tiada tindakan undang-undang boleh di ambil ke atas orang yang mati akibat membunuh diri (ye la orang dah mati ) tetapi sebagai pencegahan tindakan boleh dikenakan ke atas cubaan membunuh diri atau orang yang membantu pelakuan membunuh diri. Lupa pula, undang-undang Tuhan menanti mereka di alam sana. PEACE NO WAR.

Rujukan : MALAYSIAN BAR







Tiada ulasan:

Catat Ulasan