Jumaat, Julai 29, 2011

Sembah-Sembah Biar Menyembah Tapi Membunuh.







Kita orang menyebutnya sembah-sembah sebab ia sentiasa tunduk menyembah. Orang lain mungkin memanggilnya mentadak, yang kelas tinggi tahap dewata mungkin lebih mengenalinya sebagai 'praying mantis'. Adik ku, sembah-sembah tidak seindah namanya, dia karnivor, pemangsa dan caranya amat unik. Menyembah mangsa secara perlahan, kemudian membunuh dengan kejam.

Ingat manusia banyak yang sebegitu. Pandai-pandai lah menilai. Belajar menilai. Cuba menilai. Amalkan menilai. Nilai dan terus membuat penilaian. Yang baik belum tentu baik dan yang jahat belum tentu jahat. Mata mudah tertipu, hati mudah tergoda, nafsu mudah memaksa dan jiwa hanya mengikut. Ingat, semasa peristiwa banjir besar Iblis menyamar sebagai orang alim semasa menaiki bahtera Nabi Noh. Dan jangan lupa, Iblis menyamar jadi orang alim semasa berhujan dengan Rasulullah. Dan lagi, Barsisha diruntuhkan imannya oleh Iblis yang menyamar jadi orang alim.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan