Khamis, April 14, 2011

Sang Guru Semut.


Kerdil. Kecil. Bekaki enam. Apa ada pada seekor semut. Apa nilai seekor semut untuk dibanggakan. Kenapa semut harus ditabalkan sebagai Sang Guru. Apakah semut itu ada ijazah kehormat tahap PHD dari universiti. Apa tauliah nya dan siapa memberi tauliah kepadanya untuk menjadi Sang Guru.






Aku. Aku yang memanggilnya Sang Guru. Sang Guru semut itu telah mengajar aku akan peri betapa aku seorang pembazir. Aku sahabat Syaitan. Aku alpa dengan rezeki Allah Yang Maha Pemurah. Aku biarkan ia berlaku tanpa sedar mahupun secara sengaja.

Malam tadi, entah mengapa aku mengeluarkan dua ekor semut yang terjatuh ke dalam minuman aku. Biasanya, aku biarkan sahaja atau langsung tidak ambil peduli. Dan entah kenapa, aku juga mula terfikir dan berfikir panjang, mungkinkah semut itu terjatuh ke dalam minuman aku kerana ingin menghabiskan sisa minuman aku yang masih berbaki setengah gelas itu bagi mengelakkan pembaziran. Nah, mengelakkan pembaziran. Aku bukan tukang cerita yang mahir menyusun kata namun apa yang ingin aku sampaikan ialah semut itu telah mengajarkan aku sesuatu. Seseungguhnya, semut itulah Sang Guru aku.